Panduan penjagaan diri

Emel Cetak PDF

Berikut adalah beberapa panduan penjagaan diri bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1)

  1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

  2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, kuliah, tempat kerja atau pengangkutan awam

  3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
    • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
    • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
    • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar,  salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
    • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
  4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

  5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di pusat kesihatan / klinik panel / hospital.

  6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

  7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

  8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Panduan ini juga boleh di muaturun di sini

LAST_UPDATED2  

PENGUMUMAN



Pengumuman Untuk makluman, proses saringan akan dilakukan di bahagian pintu kecemasan (Ambulance Bay) di Pusat Kesihatan Pelajar. Bagi mereka yang berada dalam golongan berisiko, anda perlu menjaga kesihatan, menjauhkan diri daripada kawasan yang ramai orang (crowd), memakai face mask, self distancing, sentiasa membasuh tangan dan mengamalkan semua panduan keselamatan yang disertakan. Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan sila rujuk di klinik / pusat kesihatan untuk mendapatkan ujian pengesahan daripada doktor.JK Pencegahan Penyakit Berjangkit UMP  � Details...

Info Pengunjung

010121
TodayToday11
YesterdayYesterday57
This WeekThis Week68
This MonthThis Month438
All DaysAll Days10121